55-2, KL Traders Square (Plaza KLTS),
Blok C, Jalan Gombak,
53000 Setapak,
Kuala Lumpur, Malaysia

© Copyright 2016 - 2024

Manazel Al Mashaer Travel (1198200-D). All Rights Reserved.

No. Lesen: KPL/LN 8779

Web Design by Manazel Al Mashaer Travel.

Pusat Membeli Belah Di Putrajaya Yang Sering Dikunjungi

oleh badrul pada 2 October 2023

Senarai pusat membeli belah di Putrajaya ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin berjalan jalan membeli belah di Putrajaya.

Putrajaya memang terkenal dikalangan pelancong tempatan dan luar negara yang datang ke Malaysia kerana disini terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi dan diantaranya adalah pusat membeli belah yang menawarkan barangan tempatan dan berjenama.

Jika anda merancang untuk mengunjungi ke Putrajaya, rasa tak lengkap sekiranya anda tidak singgah sebentar di pusat membeli belah yang ada disini membeli belah dan menikmati pelbagai makanan yang ada disini. Jangan lupa bawa balik cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga.

Pusat Membeli Belah Di Putrajaya

Berikut adalah pusat membeli belah di Putrajaya yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah ini sesak terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan. Walaupun tidak banyak pusat membeli belah disini, namun ini tidak menghalang untuk anda singgah kesini untuk membeli belah.

Semoga dengan senarai pusat membeli belah di Putrajaya di bawah ini dapat memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda berkunjung ke Putrajaya kelak.

1. Alamanda Putrajaya Shopping Mall

Alamanda-Putrajaya-Shopping-Mall

Terletak di Precint 1 Putrajaya (40 minit dari Kuala Lumpur) pusat membeli-belah ini dibuka pada bulan Ogos 2004 dengan gergasi Perancis Carrefour sebagai penyewa utama bersama-sama dengan 180 peruncit lain.

Pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai, restoran, pusat bowling 21 lorong, pawagam Golden Screen Cinema dan juga medan selera yang diterangi oleh cahaya semula jadi. Alamanda juga mempunyai travelator pertama di Malaysia di dalam kompleks membeli-belah yang menghubungkan kedai runcit terus ke tempat letak kereta.

2. IOI City Mall Putrajaya

IOI-City-Mall-Putrajaya

IOI City Mall Putrajaya terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari Palm Garden Hotel, adalah sebuah pusat membeli-belah, gaya hidup dan pusat hiburan dengan beratus lot kedai, pawagam, gelanggang ice-skating dan taman tema. Pusat membeli belah ini dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan lorong-lorong berjalan yang teduh.

Menariknya, disini mempunyai air pancut berwarna-warni dan menyajikan pemandangan matahari terbenam yang indah yang pasti membuatkan pengunjung disini teruja. Pusat membeli belah ini berukuran kira-kira 130,064 meter persegi, terdiri daripada 350 kedai runcit tempatan dan antarabangsa termasuk Machines, Cotton On, Monki, Sephora, ck Calvin Klein, Guess, Adidas, Nike, Hush Puppies, Parkson, and HomePro.

Pilihan tempat makan adalah di sini juga dengan pelbagai hidangan tempatan, Asia dan Barat di kedai-kedai popular seperti Starbucks Coffee, Texas Chicken, Thai Absolute, Burger King, Chatime, Johnny Rockets, Cafe Tappers, Pasar Ikan Manhattan, Seoul Garden, Secret Recipe dan banyak lagi.

3. Suria Mall Putrajaya

Suria-Mall-Putrajaya

Suria Mall Putrajaya berhubung secara langsung dengan Dorsett Putrajaya, menjadikannya tempat membeli-belah dan tempat makan yang menyenangkan untuk pelancong yang menginap di hotel ini.

Pusat membeli-belah ini merangkumi empat peringkat, ia kebanyakannya diberikan kepada pelanggan tempatan, dengan banyak restoran yang halal, butik fesyen dan pasar raya yang menjual barangan makanan yang berpatutan dan hasil segar.

Pusat membeli-belah ini juga berada dalam jarak lima minit berjalan kaki dari Masjid besi dan mudah untuk akses kemana-mana tarikan menarik di dalam Putrajaya.

4. DPulze Shopping Centre Cyberjaya

DPulze-Shopping-Centre-Cyberjaya

DPulze Shopping Centre merupakan pusat membeli belah terbaru dibina di Cyberjaya untuk memudahkan penduduk di Cyberjaya membeli belah dan tidak perlu memandu jauh ke Putrajaya dan Puchong untuk membeli belah. Pusat membeli belah ini mempunyai 4 tingkat yang dipenuhi dengan lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan harian, makanan, pakaian dan sebagainya.

Disini juga ada pawagan TGV Cinema untuk pengunjung menonton wayang dan bersantai bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Antara lot kedai yang ada disini adalah seperti Secret Recipe, Seoul Garden, PappaRich, F.O.S, Starbucks, Boat Noodle, Daiso, Celebrity Fitness, Mr. D.I.Y. dan banyak lagi.

5. Pasar Tani Mega Putrajaya

Pasar-Tani-Mega-Putrajaya

Kredit gambar: Mixzan

Pasar Tani Mega Putrajaya yang beroperasi pada hari Selasa dan Jumaat ini terletak di Presint 3, kawasan letak kenderaan berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ke tempat letak kenderaan belakang Istana Kehakiman (berhadapan Taman Pancarona).

Pasar Tani ini menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam, daging, buah-buahan dan banyak lagi. Jika anda mencari lokasi untuk membeli barangan harian boleh la ke pasar tani ini.

Tak sah kalau pergi ke Putrajaya kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 5 tempat pusat membeli belah di Putrajaya diatas dapat membantu anda merancang percutian di Putrajaya pada masa akan datang.

Pusat Membeli BelahMembeli BelahPutrajayaMalaysia
Follow kami di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Dapatkan Kemaskini Terkini Dari Kami Terus Melalui Email Anda. Langgan Sekarang!

Dengan melanggan anda bersetuju untuk menerima kemaskini terkini dari kami melalui email yang kadangkala mungkin termasuk iklan atau kandungan tajaan dari kami. Email anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.