55-2, KL Traders Square (Plaza KLTS),
Blok C, Jalan Gombak,
53000 Setapak,
Kuala Lumpur, Malaysia

© Copyright 2016 - 2024

Manazel Al Mashaer Travel (1198200-D). All Rights Reserved.

No. Lesen: KPL/LN 8779

Web Design by Manazel Al Mashaer Travel.

4 Jenama Beg Anti Pencuri Terbaik Di Pasaran Dunia

oleh badrul pada 2 October 2023

Pernah ada pengalaman barang hilang ketika bercuti? Ini 4 jenama beg anti pencuri popular di pasaran. Kleptophobia, atau takut kecurian, sebenarnya boleh digunakan untuk menggambarkan dua ketakutan yang berbeza.

Yang pertama adalah takut dicuri atau dirompak. Yang kedua ialah takut mencuri daripada orang lain. Kedua-dua ketakutan sering dikaitkan dan mungkin wujud pada masa yang sama.

Kes kecurian beg hilang kepada pelancong ni memang dah selalu terjadi malah ada banyak jenis kes dah berlaku – rompak, ragut, potong beg, dan penyeluk saku. Maka dengan kes-kes sebegini terhasil la ciptaan backpack yang mempunyai ciri-ciri anti-pencuri. Anda Google sahaja anti-theft backpack, nah tu dia. Ada bersepah hasil carian.

4 Jenama Beg Anti Pencuri Untuk Kaki Travel

Jadi untuk memudahkan anda, kali ni kami dah buat kaji selidik dan kami dapati ada beberapa sahaja jenama anti-theft backpack yang diyakini di pasaran. Jom kita lihat senarainya:

1. Pacsafe

Pacsafe-beg-anti-pencuri

Pacsafe ini mempunyai ciri-ciri yang sangat berguna untuk sebuah beg yang dikatakan sebagai anti-pencuri. Teknologi locking cable yang diimplimentasi di dalam produk membolehkan beg mereka diikat pada mana-mana struktur seperti tiang, meja dan bangku untuk mengelakkan daripada diragut.

Selain daripada itu, klip dengan rekaan anti kecurian khas yang digunakan kemas dan tahan lasak menjadikan beg Pacsafe diyakini untuk melindungi barangan peribadi anda. Untuk pilihan peribadi, kami suka dengan ciri balutan besi kabel di bahagian dalaman beg mereka, menjadikan beg Pacsafe tidak mudah untuk dirobek menggunakan pisau daripada luar.

2. XD Design

XD-Design-beg-anti-pencuri

Kalau anda selalu follow teknologi terkini dalam penghasilan backpack, anda mesti kenal dengan beg Bobby. Beg Bobby ini adalah pelopor kepada beg anti-pencuri dengan rekaan moden. Bahagian zip yang tersembunyi menjadikan beg XD Design tidak boleh dibuka ketika anda menyandang beg tersebut di bahagaian belakang badan.

Ini menjadikan anda tidak perlu khuatir untuk menggalas beg XD Design ke depan badan seperti ketika menaiki komuter. Antara ciri XD Design lain yang menjadi pilihan adalah jenis kain yang digunakan di dalam rekaan beg mereka kerana menggunakan kain yang tidak lut dek torehan pisau sekaligus menjadikan ianya dapat menjalankan tugas sebagai beg anti pencuri dengan sempurna.

3. Travelonbags

 

Travelonbags-beg-anti-pencuri

Beg daripada jenama ini kami rasa perempuan mesti suka kerana tawaran pilihan yang diberikan lebih pelbagai dan mempunyai corak yang berwarna-warni. Selain itu, Travelonbags juga mempunyai rekaan yang boleh dibawa untuk acara casual atau santai lepak-lepak petang.

Selain daripada mempunyai teknologi anti-pencuri seperti mempunyai ruang yang boleh dikunci, Travelonbags juga mempunyai ciri anti-RFID bagi mengelakkan wallet anda discan dan wang anda dicuri. Huu bahaya ohh.

4. Eagle Creek

Eagle-Creek-beg-anti-pencuri

Jenama ini memfokuskan rekaan beg mereka kepada anti-RFID di mana beg keluaran Eagle Creek ini boleh menghalang range frekuensi RFID daripada 30 Mhz hingga 3 Ghz.

Selain daripada itu, beg Eagle Creek juga anti koyak bagi mengelakkan wallet anda dicuri dengan cara memotong permukaan luaran beg.

Jadi, itu sahaja 4 jenama beg untuk elak dari beg hilang yang kami ingin kongsikan kepada anda. Sekiranya anda ada cadangan lain yang boleh membantu sesama traveller, nyatakan di ruangan komen ya!

beg anti pencuribackpackbagbeg bercutimelancongbercuti
Follow kami di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

Dapatkan Kemaskini Terkini Dari Kami Terus Melalui Email Anda. Langgan Sekarang!

Dengan melanggan anda bersetuju untuk menerima kemaskini terkini dari kami melalui email yang kadangkala mungkin termasuk iklan atau kandungan tajaan dari kami. Email anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.